Thursday 20 October 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

KHAMIS - 20/10/2011. Peperangan akhir tahun semakin membahang. Unit peperiksaan dalaman SRIQ telah mengeluarkan jadual peperiksaan akhir tahun 2011 beserta tugasan guru untuk pengawasan peperiksaan bagi semua guru. Kepada semua warga pelajar SRIQ, kami guru-guru mengucapkan 'Best of luck' for your examination. Mulakan pecutan dari sekarang. Lakukan yang terbaik demi ALLAH dan Islam. BERUSAHA!!!!!!!!!!!!!

Di sini Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

JANTUNG BERDEGUP PEMBERIAN ALLAH




KHAMIS – 20/10/2011. SRIQ menerima lawatan daripada Pejabat Kesihatan Terengganu untuk melakukan pemeriksaan jantung ke atas pelajar-pelajar tahun 1 SRIQ. Kumpulan jururawat bertugas adalah seramai 4 orang. Pada awalnya, para pelajar kelihatan cemas dan gusar sebelum diperiksa oleh jururawat mungkin mereka mengandaikan suntikan yang tajam akan diterima lagi oleh mereka. Akan tetapi, para pelajar kelihatan tenang ketika menerima pemeriksaan. Secara keseluruhannya, pemeriksaan berjalan dengan lancar dan tiada masalah jantung yang serius dalam kalangan para pelajar SRIQ. Warga SRIQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Terengganu atas keprihatinan yang ditunjukkan. Jazakallahhu khairan kathira.

Tuesday 18 October 2011

Semoga Berjaya buat Kontijen SRIQ, Terengganu

RABU-19 Okt 2011. “Semoga pemergian kalian membawa harapan dan kepulangan kalian membuahkan kejayaan”. Itulah doa yang dititipkan oleh semua warga SRIQ buat Kontijen Terengganu yang akan berlepas pada hari Jumaat ini ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara bagi menghadiri Hari Anugerah IPS 2011 yang akan diadakan di Kompleks Ibrah. Kontijen Terengganu akan disertai oleh  4 orang ALP SRIQ   iaitu Cg. Saufi Ismail, Cikgu Shamad Abas, Puan Fatimah Yusoff dan Puan Rusnani Ismail membawa misi dan visi untuk merebut gelaran IPS terbaik. Pemergian kalian kami iringi dengan jutaan doa moga kemenangan milik kita. 



Bersedialah wahai 6 An-nur, PRAI semakin menghampir...

ISNIN - 17 Oktober. Kegirangan jelas terpancar pada wajah-wajah kilauan emas PRAI ketika selesai menjawab kertas soalan terakhir percubaan PRAI baru-baru ini. Mungkin berasa sedikit lega setelah otak yang tepu dengan bacaan dan hafalan, berjaya dimuntahkan di atas kertas soalan percubaan. Namun, bagi semua pelajar kilauan emas, diharapkan tidak terlalu lega kerana peperiksaan sebenar masih belum bermula. Insyallah masih tinggal 2 minggu lagi untuk membuat persediaan. Jangan berlengah, jangan membuang masa, bersihkan hati, tingkatkan hafalan dan kefahaman, semoga ALLAH mempermudahkan urusan kalian. kami warga SRIQ mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar kilauan emas 2011. Semoga kejayaan milik anda...InsyALLAH.

Setiap yang hidup, pasti merasai Mati


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jumu'ah:8)


Selasa lalu11 Oktober lalu, kita telah dikejutkan dengan kematian mengejut ibu kepada seorang tenaga pengajar SRIQ iaitu Cg. Khatijah Mohd Noor. Sesungguhnya, setiap yang hidup, pasti akan merasai mati..Kita yang hidup ini perlu sentiasa bersedia untuk kembali kepada Rabb. Salam takziah buat Cg. Khatijah dan keluarga. Semoga ALLAH merahmati dan menempatkan ibu Cg. Khatijah dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah

Sunday 16 October 2011

Pulau Langkawi Menyambut Kami...









KHAMIS - 6 Oktober 2011. "Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman, Tertingkat Keimanan". Seramai 15 orang murid Tahun 6 SR Ibn Qayyim yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR telah menyertai lawatan bermaklumat ke Pulau Langkawi.  Mereka terpilih untuk menyertai lawatan yang dianjurkan oleh Kelab Guru SRIQ.  Seramai 20 orang tenaga pengajar SRIQ turut menyertai lawatan tersebut.

Rombongan sebuah bas itu telah bertolak pada 6 Oktober 2011.  Ikut serta dalam rombongan itu ialah guru besar Haji Shamad Abbas dan penolong kanan Hajah Fatimah Yusoff.

                                              Wajah keriangan sebelum menggapai awan...

                                                 Indahnya ciptaan ALLAH, Subhanallah.....

                                    Tenaga pengajar SRIQ di hentian pertama Kereta Kabel

Warna-warni UPSR SRIQ 2011

Sekitar peperiksaan UPSR pelajar-pelajar Tahun 6 SRIQ di SK Gong Kapas bagi tahun 2011...

 




Moga kejayaan di dalam genggaman....

Thursday 13 October 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN







Ahad- 9 Oktober. Buat semua warga Sriq, Peperiksaan Akhir Tahun 2011 akan bermula pada 30 Oktober 2011 hingga 3 Oktober 2011. Diharapkan kepada semua guru deeniah dapat menyiapkan soalan sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Pada semua para pelajar, bersedia dari sekarang. Mukmin yang sedar senantiasa bersedia pada setiap waktu dan ketika.Best of luck to all of u. Maan Taufiq wan Najah.