Wednesday, 28 March 2012

"Selamat Tinggal Ayah..."

~Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..~

Pada tanggal 24 Mac 2012 pada jam 10.25 pagi, SRIQ dikejutkan dengan kematian seorang Bapa kepada 3 orang pelajar iaitu Annuar Hamdi (5AN), Husna Zahidah (4AS) dan Fatimah Solehah (1AS).

Beliau ialah Ustaz Ahmad Fuad. Tidak tergambar rasa di hati apabila mengenangkan keadaan anak-anaknya yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang Bapa. Namun tiada siapa yang dapat melawan takdir Ilahi. Begitu lah janji yang telah Allah suratkan pada setiap insan yang bernyawa. Bila la pula giliran kita?. Sama-sama muhasabah dan renungkan. Adakah kita sudah bersedia untuk balik bertemu dengan Allah...

Warga SRIQ merakamkan ucapan takziah buat Allahyarham, Ust Ahmad Fuad sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama-sama orang yang beriman..Innalillah hi wa innailaihirajiun..

Al-Fatihah...


Friday, 2 March 2012

KAKITANGAN SEKOLAH RENDAH IBN QAYYIM BAGI TAHUN 2012







KEJOHANAN MERENTAS DESA SRIQ BAGI TAHUN 2012

Tarikh    : 9 Febuari 2012
Hari        : Khamis
Tempat : Sek Ren Ibn Qayyim

Tanggal 9 Febuari 2012 menjadi hari bersejarah buat semua warga SRIQ tidak kira para pelajar mahu pun para guru. Ia meninggalkan seribu satu kenangan  dalam setiap diri pelajar dan juga guru. Setelah menjalani sebanyak 2 kali latihan iaitu pada 26 Januari 2012 dan 2 Febuari 2012 akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu penentuan rumah manakah yang bakal menjadi juara bagi Kejohanan Merentas Desa SRIQ bagi Tahun 2012.
Taklimat sebelum acara bermula

Sementara para pelajar mendengar taklimat yang disampaikan , para guru yang telah di tugaskan di check point masing-masing bergerak ke tapak check point.

Ragam sebelum acara bermula

Pelajar tahun 1 dan 2 memberikan sokongan moral buat abang-abang dan kakak-kakak mereka

Walaupun kepenatan namun tetap meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat

Biarpun kepenatan namun pantang menyerah kalah

Wajah ceria guru dibahagian pendaftaran menanti ketibaan para peserta

Acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah

Acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan tidak ketinggalan juga buat guru-guru SRIQ. Johan bagi acara kejohanan merentas desa bagi tahun 2012 dimenangi oleh rumah hijau diikuti, rumah biru, rumah kuning dan rumah merah. Adat bertanding ada menang ada kalah. Yang menang tahniah diucapkan dan yang kalah usah bersedih namun jadikan ia inspirasi unruk meraih kemenangan di masa akan datang. Jutaan terima kasih buat semua warga SRIQ yang terlibat terutamanya para guru berpenat lelah menjayakan acara ini. Biarpun kepenatan namun senyuman indah terpacar melihat majlis berjalan lancar dengan izin Allah swt.

Thursday, 20 October 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

KHAMIS - 20/10/2011. Peperangan akhir tahun semakin membahang. Unit peperiksaan dalaman SRIQ telah mengeluarkan jadual peperiksaan akhir tahun 2011 beserta tugasan guru untuk pengawasan peperiksaan bagi semua guru. Kepada semua warga pelajar SRIQ, kami guru-guru mengucapkan 'Best of luck' for your examination. Mulakan pecutan dari sekarang. Lakukan yang terbaik demi ALLAH dan Islam. BERUSAHA!!!!!!!!!!!!!

Di sini Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

JANTUNG BERDEGUP PEMBERIAN ALLAH




KHAMIS – 20/10/2011. SRIQ menerima lawatan daripada Pejabat Kesihatan Terengganu untuk melakukan pemeriksaan jantung ke atas pelajar-pelajar tahun 1 SRIQ. Kumpulan jururawat bertugas adalah seramai 4 orang. Pada awalnya, para pelajar kelihatan cemas dan gusar sebelum diperiksa oleh jururawat mungkin mereka mengandaikan suntikan yang tajam akan diterima lagi oleh mereka. Akan tetapi, para pelajar kelihatan tenang ketika menerima pemeriksaan. Secara keseluruhannya, pemeriksaan berjalan dengan lancar dan tiada masalah jantung yang serius dalam kalangan para pelajar SRIQ. Warga SRIQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Terengganu atas keprihatinan yang ditunjukkan. Jazakallahhu khairan kathira.

Tuesday, 18 October 2011

Semoga Berjaya buat Kontijen SRIQ, Terengganu

RABU-19 Okt 2011. “Semoga pemergian kalian membawa harapan dan kepulangan kalian membuahkan kejayaan”. Itulah doa yang dititipkan oleh semua warga SRIQ buat Kontijen Terengganu yang akan berlepas pada hari Jumaat ini ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara bagi menghadiri Hari Anugerah IPS 2011 yang akan diadakan di Kompleks Ibrah. Kontijen Terengganu akan disertai oleh  4 orang ALP SRIQ   iaitu Cg. Saufi Ismail, Cikgu Shamad Abas, Puan Fatimah Yusoff dan Puan Rusnani Ismail membawa misi dan visi untuk merebut gelaran IPS terbaik. Pemergian kalian kami iringi dengan jutaan doa moga kemenangan milik kita. 



Bersedialah wahai 6 An-nur, PRAI semakin menghampir...

ISNIN - 17 Oktober. Kegirangan jelas terpancar pada wajah-wajah kilauan emas PRAI ketika selesai menjawab kertas soalan terakhir percubaan PRAI baru-baru ini. Mungkin berasa sedikit lega setelah otak yang tepu dengan bacaan dan hafalan, berjaya dimuntahkan di atas kertas soalan percubaan. Namun, bagi semua pelajar kilauan emas, diharapkan tidak terlalu lega kerana peperiksaan sebenar masih belum bermula. Insyallah masih tinggal 2 minggu lagi untuk membuat persediaan. Jangan berlengah, jangan membuang masa, bersihkan hati, tingkatkan hafalan dan kefahaman, semoga ALLAH mempermudahkan urusan kalian. kami warga SRIQ mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar kilauan emas 2011. Semoga kejayaan milik anda...InsyALLAH.