Tuesday, 10 April 2012

KEM BADAN BERUNIFORM SRIQ 2012

TARIKH : 8- 10 MAC 2012
TEMPAT : PUSAT KO-KURIKULUM DAERAH SETIU,
                   KEM MERBAU MENYUSUT, SETIU

Tanggal 8- 10 Mac 2012 menjadi detik bersejarah buat semua ahli pengakap dan puteri islam khususnya tahun 5 dan 6 kerana buat julung-julung kalinya telah diadakan perkhemahan badan beruniform. Tidak ketinggalan jua buat semua warga guru-guru yang terlibat...

Kem yang telah berlangsung selama 3 hari ini telah terisi dengan pelbagai aktiviti dan program
menarik yang meninggalkan seribu satu kenangan buat semua para peserta dan guru.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung selama 3 hari :-

8 MAC 2012 ( KHAMIS ) :

 1- Pendaftaran
2- Taklimat
3- Pasang khemah
4- Slot 1 : Team Building
5- Slot 2 : Teori Ikatan

9 MAC 2012 ( JUMAAT ) :
1- Slot 3 : Let's go gadget
2- Slot 4 : Memancing & gubahan'
3- Slot 5 : Merentas halangan
4- Slot 6 : Kompetensi generik
5- Tali pandu

10 MAC 2012 ( SABTU ) :
1- Perasmian Penutup



Sesi Pendaftaran
Sesi pendaftaran  para peserta di SRIQ.
Wajah-wajah keriangan jelas terpancar dan masing-masing
tidak sabar menanti saat tiba di tapak kem.

Sesi taklimat
Sesi taklimat yang di sampaikan oleh
 Jurulatih Pusat Kokurikulum Merbau Menyusut.
Para peserta kusyu' mendengar taklimat-taklimat
 dan peraturan yang di sampaikan oleh
jurulatih kem.
Sesi pemasangan khemah.

Sesi pemasangan khemah diketuai oleh para jurulatih kem
dan di bantu oleh guru-guru SRIQ.
Para peserta tidak melepaskan peluang bagi menimba pengalaman
dan teknik-teknik pemasangan khemah yang betul.
Jelas terpancar keriangan di wajah para peserta walaupun kepenatan 

baru sahaja tiba.

Team building

Menerusi slot team building ini  kepimpinan setiap ketua dan kerjasama
antara setiap ahli dapat dinilai. Setiap  peserta dapat
memupuk semangat berpasukan dan kerjasama antara
ahli masing-masing.
Ianya dapat di aplikasikan sekembalinya ke SRIQ.

Teori Ikatan


Para peserta tekun mendengar  penerangan dan teknik ikatan
yang betul. Ada yang berjaya namun tidak ketinggalan

jua ada yang menghasilkan
ikatan baru. Namun para peserta tidak mudah mengalah
dan mencuba sehabis mungkin.
Para guru tidak melepaskan peluang mempelajari bersama-sama 

para peserta.


Let's Go Gadget

Teori ikatan yang dipelajari di praktikkan pada gadget yang
bakal didirikan. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar para
jurulatih kem dan para guru akhirnya gadget-gadget setiap
kumpulan berjaya didirikan.

Gubahan

Menerusi slot gubahan bakat dan kreativiti para peserta
dapat dilihat. Para peserta dapat menghasilkan idea-idea yang menarik
seterusnya dapat memupuk semangat berpasukan.

Tirai Kem Badan Beruniform SRIQ bagi tahun 2012 berakhir setelah 

berlalunya majlis perasmian. Walaupun semua yang terlibat kepenatan
namun ianya tidak terbanding dengan pengalaman yang 
diperoleh baik para peserta mahupun para guru.
Akhir kalam daripada pihak penganjur , jutaan terima kasih 
diucapkan kepada yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung. Ribuan kemaafan
diatas kekurangan sepanjang program kepada semua yang
terlibat.


InsyaAllah sampai bertemu kembali
pada kem yang akan datang !!


p/s : cd bagi Program Kem Badan Beruniform SRIQ 2012
boleh dibeli atau diperoleh daripada unit kokurikulum SRIQ.