KOKURIKULUM

KEM BADAN BERUNIFORM SRIQ BAGI TAHUN 2012
TARIKH : 8- 10 MAC 2012
TEMPAT : PUSAT KO-KURIKULUM DAERAH SETIU,
                   KEM MERBAU MENYUSUT, SETIU

Tanggal 8- 10 Mac 2012 menjadi detik bersejarah buat semua ahli pengakap dan puteri islam khususnya tahun 5 dan 6 kerana buat julung-julung kalinya telah diadakan perkhemahan badan beruniform. Tidak ketinggalan jua buat semua warga guru-guru yang terlibat...

Kem yang telah berlangsung selama 3 hari ini telah terisi dengan pelbagai aktiviti dan program
menarik yang meninggalkan seribu satu kenangan buat semua para peserta dan guru.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung selama 3 hari :-

8 MAC 2012 ( KHAMIS ) :

 1- Pendaftaran
2- Taklimat
3- Pasang khemah
4- Slot 1 : Team Building
5- Slot 2 : Teori Ikatan

9 MAC 2012 ( JUMAAT ) :
1- Slot 3 : Let's go gadget
2- Slot 4 : Memancing & gubahan'
3- Slot 5 : Merentas halangan
4- Slot 6 : Kompetensi generik
5- Tali pandu

10 MAC 2012 ( SABTU ) :
1- Perasmian Penutup



Sesi Pendaftaran
Sesi pendaftaran  para peserta di SRIQ.
Wajah-wajah keriangan jelas terpancar dan masing-masing
tidak sabar menanti saat tiba di tapak kem.

Sesi taklimat
Sesi taklimat yang di sampaikan oleh
 Jurulatih Pusat Kokurikulum Merbau Menyusut.
Para peserta kusyu' mendengar taklimat-taklimat
 dan peraturan yang di sampaikan oleh
jurulatih kem.
Sesi pemasangan khemah.

Sesi pemasangan khemah diketuai oleh para jurulatih kem
dan di bantu oleh guru-guru SRIQ.
Para peserta tidak melepaskan peluang bagi menimba pengalaman
dan teknik-teknik pemasangan khemah yang betul.
Jelas terpancar keriangan di wajah para peserta walaupun kepenatan 

baru sahaja tiba.

Team building

Menerusi slot team building ini  kepimpinan setiap ketua dan kerjasama
antara setiap ahli dapat dinilai. Setiap  peserta dapat
memupuk semangat berpasukan dan kerjasama antara
ahli masing-masing.
Ianya dapat di aplikasikan sekembalinya ke SRIQ.

Teori Ikatan


Para peserta tekun mendengar  penerangan dan teknik ikatan
yang betul. Ada yang berjaya namun tidak ketinggalan

jua ada yang menghasilkan
ikatan baru. Namun para peserta tidak mudah mengalah
dan mencuba sehabis mungkin.
Para guru tidak melepaskan peluang mempelajari bersama-sama 

para peserta.


Let's Go Gadget

Teori ikatan yang dipelajari di praktikkan pada gadget yang
bakal didirikan. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar para
jurulatih kem dan para guru akhirnya gadget-gadget setiap
kumpulan berjaya didirikan.

Gubahan

Menerusi slot gubahan bakat dan kreativiti para peserta
dapat dilihat. Para peserta dapat menghasilkan idea-idea yang menarik
seterusnya dapat memupuk semangat berpasukan.

Tirai Kem Badan Beruniform SRIQ bagi tahun 2012 berakhir setelah 

berlalunya majlis perasmian. Walaupun semua yang terlibat kepenatan
namun ianya tidak terbanding dengan pengalaman yang 
diperoleh baik para peserta mahupun para guru.
Akhir kalam daripada pihak penganjur , jutaan terima kasih 
diucapkan kepada yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung. Ribuan kemaafan
diatas kekurangan sepanjang program kepada semua yang
terlibat.


InsyaAllah sampai bertemu kembali
pada kem yang akan datang !!


p/s : cd bagi Program Kem Badan Beruniform SRIQ 2012
boleh dibeli atau diperoleh daripada unit kokurikulum SRIQ.



KEJOHANAN MERENTAS DESA SRIQ 2012



Tarikh    : 9 Febuari 2012
Hari        : Khamis
Tempat : Sek Ren Ibn Qayyim

Tanggal 9 Febuari 2012 menjadi hari bersejarah buat semua warga SRIQ tidak kira para pelajar mahu pun para guru. Ia meninggalkan seribu satu kenangan  dalam setiap diri pelajar dan juga guru. Setelah menjalani sebanyak 2 kali latihan iaitu pada 26 Januari 2012 dan 2 Febuari 2012 akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu penentuan rumah manakah yang bakal menjadi juara bagi Kejohanan Merentas Desa SRIQ bagi Tahun 2012.
Taklimat sebelum acara bermula

Sementara para pelajar mendengar taklimat yang disampaikan , para guru yang telah di tugaskan di check point masing-masing bergerak ke tapak check point.

Ragam sebelum acara bermula

Pelajar tahun 1 dan 2 memberikan sokongan moral buat abang-abang dan kakak-kakak mereka

Walaupun kepenatan namun tetap meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat

Biarpun kepenatan namun pantang menyerah kalah

Wajah ceria guru dibahagian pendaftaran menanti ketibaan para peserta

Acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah

Acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan tidak ketinggalan juga buat guru-guru SRIQ. Johan bagi acara kejohanan merentas desa bagi tahun 2012 dimenangi oleh rumah hijau diikuti, rumah biru, rumah kuning dan rumah merah. Adat bertanding ada menang ada kalah. Yang menang tahniah diucapkan dan yang kalah usah bersedih namun jadikan ia inspirasi unruk meraih kemenangan di masa akan datang. Jutaan terima kasih buat semua warga SRIQ yang terlibat terutamanya para guru berpenat lelah menjayakan acara ini. Biarpun kepenatan namun senyuman indah terpacar melihat majlis berjalan lancar dengan izin Allah swt.



SRIQ MERAIKAN LEBARAN

Salam Aidilfitri buat semua pembaca.



Mendayu suara meniti di angkasa

Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya,
ALLAH Yang Esa                                     
 -Raihan-





RAMADHAN DIHAYATI, SYAWAL DISYUKURI
TARIKH   : 8 September 2011
 TEMPAT  : Dewan Terbuka SRIQ

Alhamdulillah, alhamdulilah, Alhamdulillah.Syukur yang tidak terhingga atas nikmat iman dan islam yang ALLAH kurniakan buat kita. Sedih rasa di hati, Ramadhan tahun ini begitu cepat rasanya meninggalkan kita. Agak-agaknya, terimakah ALLAH segala amalan kita dan adakah kita terpilih menjadi hamba ALLAH yang dirahmatiNya?..Ayuh warga Ibn Qayyim, Sematkan di hati, agar ALLAH menerima amalan Ramadhan kita dan menyampaikan kita pada Ramadhan yang akan datang. Allahhumma baligna Ramadhan..

Soalan ‘Glamour’ si kecil sriq ketika sekolah di buka seusai Cuti Hari raya....


Si kecil SRIQ 1: Cikgu, cikgu. Bila jamuan raya kat sekolah kita?
Guru SRIQ       : Amboi, awalnya awak fikir jamuan raya. Sekolah baru jer buka.
Si kecil SRIQ 1: (Dia tersenyum malu)..Kita tak sabarlah nak jamuan raya cikgu. Kita nak pakai baju raya, kasut raya. Kita pun nak bawak banyak kuih raya..
Si kecil SRIQ 2: Kita pun nak pakai baju raya. Cikgu, baju raya kita warna biru. Baju raya cikgu warna apa?
Guru SRIQ: Nanti cikgu Tanya Cikgu Samad yer bila Hari Raya. Ermm, Baju raya cikgu pun warna Biru
Si kecil SRIQ 2: Yeay, baju raya kita dengan cikgu samalah. Si kecil itu kegirangan memberitahu semua rakan-rakannya.

Hari raya merupakan waktu yang paling seronok terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Suasana kegirangan itu menjaja di segenap ruang bumi SRIQ tercinta ketika kami bersama-sama meraikan lebaran tahun ini. Semua warga SRIQ tersenyum bahagia berkongsi cerita duit raya, biskut raya, makanan raya dan sebagainya. 






Gambar di atas: Suasana sambutan hari raya di pagi hari








Gambar di tepi: Wajah-wajah girang gembira di pagi lebaran.







Pada tahun ini, SRIQ menyambut hari lebarannya dengan sangat meriah. Ia dimulakan dengan takbir raya oleh Guru Besar SRIQ, Cg, Shamad, Tazkirah oleh Ustaz Yusof dan persembahan –persembahan oleh semua kumpulan mento-mentee. Semua terhibur dengan persembahan yang dihidangkan. Lebih istimewanya, ketika menjelang waktu tengahari, semua warga SRIQ dihidangkan dengan ais-krim kon pelbagai rasa yang disediakan oleh ibu-bapa peserta. Terima kasih buat ibu-bapa yang baik hati. Kelihatan semua warga SRIQ tersenyum gembira dan puas atas sambutan yang diraikan. 










"BILA SOLAT DISYARIATKAN?"


"Kembara Keimanan, Seribu Pengajaran"


Salam warga pembaca...bertemu lagi kita dalam entri kokurikulum yang terbaru..Ermmm bila solat disyariatkan ye?Apakah peristiwa yang sangat sesuai dikaitkan dengan solat? Jawapannya ialah Isra' Mikraj. 


SAMBUTAN ISRA'  DAN MIKRAJ SRIQ
Tarikh : 3 Julai 2011
Tempat : Dewan terbuka SRIQ
Entri hari ini akan menceritakan sekali lagi bagaimana kami, warga SRIQ menyambut Hari Isra' Mikraj ini. Terdapat sedikit kelainan pada smbutan kali ini kerana pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah luar iaitu Ustaz Wan Fajrulhisham bin Wan Abdullah dari UNISZA untuk menyampaikan ceramah berkenaan Isra' Mikraj.


Pelajar-pelajar ini, bila dengar sahaja ceramah, 5 minit sahaja diam lepas tu mulalah bergerak sana, bergerak sini. Ermmm, macam mana anak-anak murid cikgu ni nak menjadi anak-anak murid yang berakhlak mulia nie?Di majlis ilmu kita kena menjaga adab dan tatasusila seorang mukmin sejati apatah pula ketika berhadapan dengan tetamu. Tetapi ALLAH izin, ALLAH mencampakkan sedikit kelebihan pada ustaz pandai "tackle" dan menarik minat para pelajar dengan ceramahnya. Ceramah ustaz, ringkas+padat+menarik yang membolehkan semua pelajar ini memberi perhatian dari mula sampai akhir. Alhamdulillah, ALLAH memudahkan segala urusan pada hari itu.
Diharap pada semua warga SRIQ, dapat menimba pengalaman dan menambah ilmu pengetahaun ini untuk disebarkan pada orang lain di luar sana yang masih dahagakan ilmu dan tunjuk ajar. Moga pelajar-pelajar SRIQ khususnya dapat 'hadam' kisah perjalanan isra' mikraj nabi untuk dijadikan panduan dan teladan sepanjang peristiwa isra' mikraj ini. Sebelum mengakhiri entri ini, marilah sesama kita memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syafaatkan kami ya rasulullah....Wallahualam..
 "Ayuh warga pembaca, solat itu tiang agama, jangan kita memperlekehkan dan meninggalkannya"


SALAM MAULIDUR RASUL 2011/1432


 "YA Rasul ALLAH, sunnahmu ikutan, akhlakmu teladan"

 
Alhamdulillah, ALLAH masih menghidupkan kita dalam nikmat iman dan islam. Apa khabar warga pembaca?Harap-harapnya, kalian senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ermm, entri kali ini akan menceritakan bagaimana sambutan maulidur rasul yang telah diadakan di Sek Rendah Ibn Qayyim. Hanya satu kata yang boleh diungkapkan iaitu, MERIAH....program ini telah dianjurkan oleh Panitia Deeniah yang diketuai oleh Ustaz Zachury Musa. Tahniah pihak penganjur...

                                 TARIKH   : 17 Februari 2011 / 14 Rabiul Awal 1432
                                 TEMPAT  : Dewan terbuka SRIQ
                                 HARI       : KHAMIS


      Majlis dimulakan dengan program selawat ke atas nabi secara berjemaah. Selepas itu disusuli dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, Cg Shamad. Bacaan Quran oleh adik Afif Mohar dan forum oleh 2 orang ahli panel, Ustaz Abu Akashah, Ustaz Zul Ihsan dan moderatornya, Ustaz Azrul Hafiz. Di harap adik-adik akan menimba banyak ilmu pengetahuan daripada forum yang telah disampaikan.

 
Ayuh pelajar-pelajar SRIQ tercinta, mari kita berselawat.


        Selepas itu, warga SRIQ dihiburkan dengan nyanyian comel dan lunak daripada kumpulan nasyid sekolah 'Bintun Solehah'. Mereka mendendangkan 2 buah nasyid dengan penuh bertenaga. Selepas itu diadakan pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan melukis poster bagi tahap 2. Semua anak-anak kecil SRIQ berusaha mengetengahkan bakat yang terpendam selama ini. Majlis di akhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh semua pemenang. Itulah sedikit coretan berkenaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011. Semoga segala amal perbuatan kita diterima ALLAH. Semoga berjumpa di entri yang lain..Salam...



"RASULULLAH SAW PEMBAWA RAHMAT SEKELIAN ALAM"

GURU OH GURU....


"The true teacher defends his pupils against his own personal influence.  He inspires self-distrust.  He guides their eyes from himself to the spirit that quickens him.  He will have no disciple. "                                                                                      ~Amos Bronson Alcott

Tanggal 16 Mei pada setiap tahun, kita akan menyambut Hari Guru bagi mengingati jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak-anak muridnya mengenal ALLAH dan menjadi muslim dan mukmin yang sebenar. Pepatah melayu sering berkata, "Guru ibarat lilin membakar diri bagi menerangi anak didiknya ".
   
Wahai putera-puteri SRIQ tercinta, dengarlah kata-kata gurumu ini, Jagalah ALLAH sesungguhnya ALLAH akan menjaga kamu, hiasi dirimu dengan akhlak yang mulia, tuntutlah ilmu ALLAH ini untuk disumbangkan kepada islam, jadilah kamu anak-anak yang soleh dan jadilah tentera islam yang senantiasa mendaulat islam dan menjunjung syariat islam...Ingatlah wahai anak didikku, kamu senantiasa Hidup di dalam doa guru-guru dan kami senantiasa menyayangi kamu kerana ALLAH. Buat semua warga pembaca, Selamat Hari Guru...










"Ideal teachers are those who use themselves as bridges over which they invite their students to cross, then having facilitated their crossing, joyfully collapse, encouraging them to create bridges of their own."                                                                            -- Nikos Kazantzakis


MEMORI INDAH GHUFRAN 2011



TERIMA KASIH ALLAH.......
Program: Mahrajan Tsaqafi IPS 2011
Tempat : Sek.Rendah Agama Ghufran, Johor
Tarikh : 17 Mac 2011




Salam buat semua warga pembaca."Pergi dengan seribu impian, pulang membawa senyuman kemenangan". Alhamdulillah.Itulah kata-kata yang tak terlafaz oleh Kontijen SRIQ ketika tersenyum puas di dalam bas sebelum berangkat pulang  ke Terengganu. Mahrajan Thaqafi IPS 2011 mencatatkan kejayaan yang cemerlang buat kontijen SRIQ kerana berjaya membawa pulang 2 gelaran Johan, 1 gelaran naib johan dan 1 gelaran tempat ketiga. "Sesungguhnya ALLAH akan memberikan kejayaan kepada sesiapa yang berusaha". Berikut merupakan barisan mujahid dan mujahidah yang berjuang dengan gagahnya di pentas Ghufran.

Wakil Tilawah

(L) Mohd Ammar b. Mohd Shahril - Naib Johan
(P) Che Engku Nur Syafiyyah Che Engku Dalam - Johan

Wakil Hafazan

(L) Mohd Zikry bin Mohd Zulhairi  - Saguhati
(P) Liyana Abdul Razab   - Tempat Ketiga

Wakil Syarahan Agama

(L) Muhammad Faris bin Mohd Fauzi  - Saguhati
(p) Nur Shahirah Khudzir  - Johan

Wakil Nasyid

Shoutul Qayyim   - Saguhati




MUJAHID MUDA, BERJUANGLAH!!!!!

Tarikh : 26 Feb 2011
Tempat : Padang Bola Kampung Laut, Kuala Terengganu


Biar gambar-gambar berbicara. Rentetan perjalanan Hari Sukan SRIQ 2011














BADAN BERUNIFORM SRIQ


Pengakap Sekolah
 
Guru Pembimbing: Ustaz Zul Ihsan
Bilangan ahli: 89
Ketua Patrol : Muhammad Ehsan Azman


Puteri Islam Malaysia

Guru Pembimbing: Cikgu Irmaniza Mohd Noor
Bilangan ahli: 80
Ketua Puteri : Siti Hajar Ibrahim