PROFIL SEKOLAH

Latar Belakang


Sekolah ini terletak di Jalan  Panji Alam kira-kira 4km dari Bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk. Bangunan sekolah terletak di atas tanah seluas lebih kurang  0.1445 hektar.


 Perkembangan Pelajar Dari 2000 hingga 2011



2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009


2010

2011
Raudhah


16
25
27
24
26
23
26
28
32
29
Tahun 1
23
31
32
31
26
35
33
56
61
67
81
72
Tahun 2

24
22
33
34
31
36
34
63
62
69
77
Tahun 3


25
23
35
30
35
34
36
63
64
66
Tahun 4



26
28
31
28
35
32
34
58
57
Tahun 5




27
25
33
29
30
33
33
58
Tahun 6





23
25
30
30
31
37
32














23
55
95
138
177
199
216
241
278
318
374
391


Sejarah       


               Sekolah Rendah Ibn Qayyim atau dikenali sebagai SRIQ  adalah sekolah milik Koperasi yang telah ditubuhkan pada bulan Januari 2000. Lokasi sekolah ini terletak di Panji Alam kira-kira
4 km dari bandar  Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan penempatan penduduk. Bangunan sekolah ini terletak di atas  tanah keluasan lebih kurang 0.1445 hektar beralamat 1644, Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu.

               Pada awal penubuhan, seramai 23 orang murid tahun 1 terdiri daripada anak-anak ahli dan bukan ahli dengan 3 orang guru , seorang Guru Besar dan dua guru.

               Pada tahun 2009, jumlah murid telah meningkat seramai 318. Jumlah guru seramai 25 orang dan 2 pembantu tadbir serta seorang pengawal keselamatan.  Kemudahan fizikal yang ada terdiri dari bangunan akademik, surau dan kantin.

               Pengajaran yang diajar disekolah ini mengikuti kurikulum akademik dan deeniah. Subjek akademik ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kajian Tempatan, dan Pendidikan Jasmani. Subjek Deeniah pula ialah Bahasa Arab, Feqah, Tauhid, Akhlak,Sirah, Tajwid,Kemahiran Baca Al-Quran, Tilawah, Imlak, Khat Hafazan dan Jawi.  Pelajar SRIQ juga diajar dengan kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab serta sukan dan permainan.

                Hari-hari  persekolahan di sini dimulakan pada 7. 45 pagi. Semua pelajar berkumpul di surau untuk berzikir Asma’ Al-Husna , membaca Surah Yasin dan Al-Ma’tsurat sehingga jam 8.20 pagi. Masa pertama pembelajaran di bilik darjah bermula jam 8.30 pagi dan Masa terakhir tamat jam 4.00 petang.

Visi


1. Melahirkan pendidik(murabbi) berkualiti
2. Melahirkan pelajar berkualiti.
3. Cemerlang dalam peperiksaan
4. Akhlak terpuji dan mahir Al-Quran
5. Menjadi qudwah dalam pengurusan
6. Pembangunan fizikial dan peralatan sekolah yang mencukupi

Misi

Membangunkan sistem persekolahan berwibawa bagi melahirkan insan berkepebadian cemerlang dan seimbang demi mencapai keredhaan AllahS.W.T

Logo / Lencana


Tafsiran

Bulan kuning    - melambangkan sistem pendidikan dilingkungi oleh biah yang soleh (baik)
Kubah hijau      - melambangkan sistem pendidikan bermatlamatkan Allah
Bumi biru         - melambangkan penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh dunia
Tanah merah   - melambangkan semangat perjuangan yang kental
Al-Quran putih - melambangkan kitab suci sebagai perlambangan hidup
Rehal hitam     - melambangkan pegangan hidup yang jelas


Wajah-wajah SRIQ

Sebelum banner SRIQ dinaikkan

Aktiviti Harian Warga SRIQ

Seawal jam 7.50 pagi semua pelajar bersama-sama para guru berkumpul di surau bagi membaca bacaan surah yasin dan mathurat. Bacaan tersebut diketuai oleh ustaz  bersama-sama beberapa orang wakil pelajar. Setiap pelajar membawa surah yasin dan mathurat masing-masing. Mereka telah diajar dan dididk sejak dari awal persekolahan.

Bacaan yasin dan mathurat diketuai ustaz
Mengikuti bacaan yang diketuai ustaz/wakil pelajar
Menghayati bacaan yasin dan mathurat
 Para guru tidak melepaskan peluang untuk menambah amalan di pagi hari dengan membaca bersama-sama pelajar tersayang

Sesi pembelajaran
Memberi tumpuan pada pembelajaran yang di ajar
Solat zohor berjemaah
Para guru akan memantau pelajar sewaktu sedang solat 
Seusai solat berjemaah, pelajar-pelajar akan menikmati makanan tengahari secara berjemaah..
Makan bersama kumpulan measing-masing